Motivasi, Peristiwa

Dari Sekadar Hantar Ke Anugerah Staf Bulanan Terbaik

Ada hari yang kita jalani macam biasa…datang kerja, masuk kelas, buat apa yang perlu dibuat.

Untuk anugerah Staf Bulanan Terbaik Julai 2025 ini, jujurnya saya memang tak pernah harap langsung. Saya pun sebenarnya hanya hantar senarai sumbangan tugas saya selepas diminta oleh Ketua Unit DGS. Awalnya saya refuse, sebab rasa macam “eh perlu ke benda ni semua nak disenaraikan?” Tapi akhirnya saya hantar juga, dengan rasa kelakar sendiri ntah apa-apa entah cara saya listkan sumbangan tu.

Dalam kepala saya, cukup sekadar hantar supaya tak menyusahkan dan tak mengecewakan pihak yang meminta. Asalkan ada. Dan seperti biasa, saya teruskan rutin seperti biasa selepas itu. Sampailah satu hari, masa menghadiri Hari Kualiti 2025 nama dan gambar saya terpapar…Anugerah Staf Bulan Terbaik Julai 2025. TANJAT GEGIRL!!

Saya terima satu penghargaan yang jujurnya memang di luar jangkaan. Sebab dalam kepala saya, saya cuma buat kerja saya. Apa yang patut dibuat, saya buat. Tidak lebih, tidak kurang. Tapi mungkin dalam diam, perkara-perkara yang saya anggap “biasa” itu sebenarnya dilihat sebagai sesuatu yang bermakna oleh orang lain. Saya tak pandai nak react besar-besar untuk momen macam ni. Cuma saya simpan satu rasa, BERSYUKUR.

Dan satu peringatan kecil untuk diri sendiri…teruskan buat benda yang betul, walaupun tak selalu nampak hasilnya. Kadang-kadang, orang nampak lebih daripada yang kita sendiri sedar. Terima kasih Allah 🙂

Tinggalkan komen