Penulisan abstrak, kajian tindakan, jurnal dan prosiding merupakan penulisan formal yang perlu dibudayakan oleh tenaga pengajar agar boleh berkongsi ilmu, maklumat, pengalaman dan dapatan masing-masing. Saya telah lama sedar tentang ini. Tetapi, saya lebih banyak menulis bahan persediaan pengajaran dan pembelajaran, dimana semua tenaga pengajar didunia ini tidak dapat lari darinya. Kekangan perlu melakukan kerja… Continue reading Penulisan Abstrak, Kajian Tindakan, Jurnal & Prosiding
Kategori: Kajian/Inovasi
INNOCOM 2020
Pada tahun ini juga, kumpulan saya sempat menyertai satu lagi pertandingan inovasi diperingkat antarabangsa. Kami menyertai pertandingan International Innovation Competition 2020 (INNOCOM 2020) anjuran The Academic International Dialogue (AID Conference) bagi kategori Innovation in Education & Teaching. Pertandingan ini terpaksa dilakukan secara atas talian kerana kekangan PKP. Setiap peserta pertandingan ini perlu menyediakan video pembentangan… Continue reading INNOCOM 2020
CITREX 2020
Alhamdulillah. Tahun ni berpeluang masuk pertandingan inovasi seawal bulan Februari 2020. Persiapan saya dan ahli kumpulan dilakukan seawal bulan September 2019. Masa tu memang tengah lega sikit dari minggu kuliah dan peperiksaan. Kami menjadikan permainan explorace sebagai permainan yang mudah dilaksanakan oleh guru dengan menjadikan ia satu kit yang dinamakan Edurace Kit. Edurace Kit ni… Continue reading CITREX 2020
Aplikasi Blippar dalam PdP
Aplikasi Blippar merupakan aplikasi Augmented Reality (AR) yang dibangunkan pada tahun 2011 oleh pengasas yang dibarisi oleh Ambarish Mitra, Omar Tayeb, Steve Spencer dan Jess Butcher. Saya menggunakan aplikasi ini dalam PdP. Saya telah berjaya menyiapkan satu projek ringkas yang akan membolehkan pelajar saya mengakses maklumat asas perkakasan rangkaian router berjenama Cisco model siri 1941. Pelajar… Continue reading Aplikasi Blippar dalam PdP
House of Knowledge
Alhamdulillah, saya sempat menyertai pertandingan inovasi CIPTA3B 2019 pada 12 Oktober 2019 sebelum tirai tahun 2019 berakhir. Saya dan rakan sepasukan inovasi, Encik Mazlan Abdul Ghani mempertaruhkan inovasi kami, permainan "House of Knowledge". Kami berjaya mendapat anugerah gangsa setelah tersenarai antara 101 finalis. Inovasi yang dipertandingkan adalah inovasi PdP yang menggunakan bahan kitar semula. Peserta-peserta… Continue reading House of Knowledge
KIIE 2019
Pertandingan inovasi Kolej Profesional MARA & Kolej MARA Innovation and Invention Exhibition 2019 (KIIE 2019) telah berlangsung pada 1-2 April 2019 di Kolej Mara Banting, Selangor. Saya secara tidak sengaja terjebak menyertai pertandingan inovasi ini kerana menggantikan rakan, Puan Hawinda Karmon yang tidak boleh hadir pada hari berlangsungnya pertandingan ini. Beliau telah memberikan kepercayaan dan… Continue reading KIIE 2019