Hari result IB keluar, saya tak rasa macam hari biasa. Bukan sebab result semata. Tapi sebab mesej-mesej yang masuk satu per satu. Ada yang pendek. Ada yang panjang berjela. Ada yang cuma satu ayat “Thank you teacher.” Simple. Tapi cukup buat saya berhenti sekejap.
Hakikatnya, saya tak bersama mereka sampai ke penghujung. Saya hanya sempat jadi sebahagian daripada perjalanan mereka…separuh jalan itu sahaja. Selebihnya, mereka teruskan dengan cara mereka sendiri. Dan, Alhamdulillah mereka berjaya.
Jujur, masa awal dulu saya agak terkejut. Cara belajar, expectation, semuanya berbeza daripada apa yang saya biasa ajar di KPMIM sebelum ni. Sebagai guru baru, saya masih mencari rentak dan ada ketika, saya tahu saya tak mampu beri yang terbaik sepenuhnya.
Tapi dalam ruang yang singkat tu, kita sempat bina sesuatu. Connection yang tak lama, tapi cukup bermakna. Sebab tu bila result keluar, dan masih ada antara mereka yang mesej saya. Saya diam sekejap. Dalam banyak-banyak orang yang bantu mereka sampai ke garisan akhir, mereka masih ingat saya.
Saya tak tahu sejauh mana saya bantu mereka. Mungkin ada yang saya sempat bantu banyak.
Mungkin ada juga yang cuma sedikit. Tapi knowing that I was part of their journey…even just for a while…itu dah cukup besar untuk saya.

Result tu milik mereka.
Usaha tu milik mereka.
Saya cuma sempat berjalan dengan mereka… untuk sebahagian daripada perjalanan itu. Dan mungkin, itu pun dah cukup.