Aplikasi, Kajian/Inovasi, PdP

Aplikasi Blippar dalam PdP

Aplikasi Blippar merupakan aplikasi Augmented Reality (AR) yang dibangunkan pada tahun 2011 oleh pengasas yang dibarisi oleh Ambarish Mitra, Omar Tayeb, Steve Spencer dan Jess Butcher. Saya menggunakan aplikasi ini dalam PdP. Saya telah berjaya menyiapkan satu projek ringkas yang akan membolehkan pelajar saya mengakses maklumat asas perkakasan rangkaian router berjenama Cisco model siri 1941. Pelajar… Continue reading Aplikasi Blippar dalam PdP

Aplikasi, PdP

Anycast. Anyone?

Anycast adalah peranti yang diperlukan untuk melakukan pencerminan skrin (screen mirroring). Ia adalah peranti penerima paparan WiFi universal yang menyokong platform Android, iOS, Windows dan Mac. AnyCast boleh mengubah projektor anda menjadi projektor pintar/ TV menjadi TV pintar. Selain Anycast, terdapat jenama lain seperti Miracast, Apple AirPlay dan Google Chromecast dengan features yang terrsendiri. Saya… Continue reading Anycast. Anyone?

Aplikasi, PdP

Aplikasi Plickers dalam PdP

Aplikasi Plickers merupakan aplikasi interaktif yang menggunakan "kad unik Plickers" dimana softcopynya boleh dimuat turun secara percuma. Anda perlu mencetaknya sendiri di atas helaian kertas keras atau kertas bersaiz A4 biasa. Pastikan hasil cetakan jelas. Kredit : François Jourde Setiap pelajar diberi kad Plickers unik yang mempunyai imej hitam dan putih yang serupa dengan kod… Continue reading Aplikasi Plickers dalam PdP

Kajian/Inovasi, PdP, Peristiwa

House of Knowledge

Alhamdulillah, saya sempat menyertai pertandingan inovasi CIPTA3B 2019 pada 12 Oktober 2019 sebelum tirai tahun 2019 berakhir. Saya dan rakan sepasukan inovasi, Encik Mazlan Abdul Ghani mempertaruhkan inovasi kami, permainan "House of Knowledge". Kami berjaya mendapat anugerah gangsa setelah tersenarai antara 101 finalis. Inovasi yang dipertandingkan adalah inovasi PdP yang menggunakan bahan kitar semula. Peserta-peserta… Continue reading House of Knowledge

Aplikasi, PdP

Aplikasi Mentimeter dalam PdP

Aplikasi Mentimeter merupakan aplikasi persembahan interaktif yang mempunyai antaramuka yang ringkas dan menarik. Ia digunakan untuk membuat persembahan dengan maklum balas masa nyata seperti undian dan kuiz. Saya menggunakan aplikasi ini dalam PdP untuk mendapatkan maklum balas dari pelajar dengan cepat dan tepat. Pelajar saya juga seronok memberi maklum balas kerana boleh melihat keputusannya dengan… Continue reading Aplikasi Mentimeter dalam PdP

Aplikasi, Peristiwa

Cloud Storage

Kredit : Macworld.com Adoiii...laptop saya tiba-tiba tidak berfungsi selepas Windows mengemaskini failnya. Laptop saya kaku kerana ada fail Windows penting yang rosak. Saya terus format laptop kerana perlu menyiapkan banyak tugasan lain menggunakan laptop. Tidak sempat untuk troubleshoot dan buat backup fail. Tetapi, saya masih mampu tersenyum kerana fail-fail penting sempat di muatnaik ke cloud… Continue reading Cloud Storage

Motivasi

Teknik Mengajar Masa Depan

https://www.youtube.com/watch?v=UCFg9bcW7Bk Saya merasa bermotivasi pertama kali menonton video ini. TED Talk merupakan rujukan kegemaran saya. Saya teruja untuk berkongsi video ini dengan anda. Saya mohon anda tonton dan fahamkan. Kita perlu berubah mengikut zaman dan bersedia memberikan yang terbaik. Cuba kira berapa komponen "C" yang perlu ada untuk menghadapi teknik mengajar masa depan? Tinggalkan komen… Continue reading Teknik Mengajar Masa Depan

Motivasi

Cara Pembelajaran Anda?

Video TEDx dibawah ini membincangkan cara pembelajaran Visual, Auditory dan Kinesthetic (VAK) dan keberkesanannya. Anda perlu tonton agar lebih memahami maklumat yang ingin disampaikan oleh pembentang ini. Saya cuba ringkaskan minit-minit maklumat penting dibawah. https://www.youtube.com/watch?v=855Now8h5Rs Minit 0:21-0:53 - Penerangan asas tiga cara pembelajaran Visual, Auditory dan Kinesthetic (VAK) . Minit 3:40-3:52 - Hasil kaji selidik… Continue reading Cara Pembelajaran Anda?

Motivasi

Insafnya Saya…

Menjadi tenaga pengajar pada zaman kini merupakan satu cabaran yang tidak kurang hebatnya. Perlukan kebolehan mengawal emosi terhadap ragam pelajar dan beban kerja. Ada kalanya kesabaran saya teruji apabila ada pelajar lemah akademik yang sudah diberikan rujukan yang banyak, latih tubi, tunjuk ajar yang berulangkali daripada saya dan rakan sebayanya, namun pelajar lemah ini masih… Continue reading Insafnya Saya…

Kajian/Inovasi

KIIE 2019

Pertandingan inovasi Kolej Profesional MARA & Kolej MARA Innovation and Invention Exhibition 2019 (KIIE 2019) telah berlangsung pada 1-2 April 2019 di Kolej Mara Banting, Selangor. Saya secara tidak sengaja terjebak menyertai pertandingan inovasi ini kerana menggantikan rakan, Puan Hawinda Karmon yang tidak boleh hadir pada hari berlangsungnya pertandingan ini. Beliau telah memberikan kepercayaan dan… Continue reading KIIE 2019