Aplikasi Mentimeter merupakan aplikasi persembahan interaktif yang mempunyai antaramuka yang ringkas dan menarik. Ia digunakan untuk membuat persembahan dengan maklum balas masa nyata seperti undian dan kuiz.
Saya menggunakan aplikasi ini dalam PdP untuk mendapatkan maklum balas dari pelajar dengan cepat dan tepat. Pelajar saya juga seronok memberi maklum balas kerana boleh melihat keputusannya dengan cepat.

Selain menggunakan aplikasi mentimeter dalam aktiviti PdP, saya juga suka menggunakannya untuk membuat undian pemilihan ketua kelas, giliran pembentangan projek pelajar, kajiselidik keberkesanan aplikasi yang digunakan dan banyak lagi.
Dibawah ini saya sertakan video tutorial asas menggunakan aplikasi Mentimeter. Semoga anda mendapat manfaat dari video ini. Selamat mementimeter! XD