Saya menutup tahun 2020 ini dengan kenangan agak manis. Walaupun kita semua terpaksa melalui PKP beberapa bulan dan mulai menjalani kehidupan norma baharu, saya telah mengambil peluang itu untuk melakukan 2 penulisan, menyertai pertandingan inovasi dan menjadi fasilitator jabatan bagi mengajar aplikasi Ms Teams dan Ms Forms. Sebelum PKP, saya sempat menyertai 1 pertandingan inovasi,… Continue reading Penutup Tahun 2020
Penulis: farakpm
INNOCOM 2020
Pada tahun ini juga, kumpulan saya sempat menyertai satu lagi pertandingan inovasi diperingkat antarabangsa. Kami menyertai pertandingan International Innovation Competition 2020 (INNOCOM 2020) anjuran The Academic International Dialogue (AID Conference) bagi kategori Innovation in Education & Teaching. Pertandingan ini terpaksa dilakukan secara atas talian kerana kekangan PKP. Setiap peserta pertandingan ini perlu menyediakan video pembentangan… Continue reading INNOCOM 2020
Microsoft Forms
Saya telah mengadakan kursus Latihan dalaman Microsoft Forms (Ms Forms) bagi jabatan saya secara atas talian pada 30 April 2020 yang lalu. Saya telah berkongsi dengan peserta bagaimana untuk mengendalikan fungsi asas yang disediakan Ms Forms. Ms Forms sesuai digunakan sebagai aplikasi alternatif selain Google Form. Aplikasi Ms Forms boleh digunakan bagi tujuan melakukan kajiselidik,… Continue reading Microsoft Forms
Microsoft Teams
Pada 13 April 2020 yang lalu, saya telah dipilih untuk menghadiri kursus Latihan dalaman (ToT) kelolaan pihak majikan secara atas talian. Sepanjang menghadiri kursus itu, kami diajar mengendalikan fungsi asas yang disediakan Ms Teams oleh fasilitator saya, Encik Azrul Hafiz Zahari. Peserta yang menghadiri kursus dilantik menjadi fasilitator bagi membantu rakan sejabatan yang tidak dipilih… Continue reading Microsoft Teams
CITREX 2020
Alhamdulillah. Tahun ni berpeluang masuk pertandingan inovasi seawal bulan Februari 2020. Persiapan saya dan ahli kumpulan dilakukan seawal bulan September 2019. Masa tu memang tengah lega sikit dari minggu kuliah dan peperiksaan. Kami menjadikan permainan explorace sebagai permainan yang mudah dilaksanakan oleh guru dengan menjadikan ia satu kit yang dinamakan Edurace Kit. Edurace Kit ni… Continue reading CITREX 2020
Aplikasi Blippar dalam PdP
Aplikasi Blippar merupakan aplikasi Augmented Reality (AR) yang dibangunkan pada tahun 2011 oleh pengasas yang dibarisi oleh Ambarish Mitra, Omar Tayeb, Steve Spencer dan Jess Butcher. Saya menggunakan aplikasi ini dalam PdP. Saya telah berjaya menyiapkan satu projek ringkas yang akan membolehkan pelajar saya mengakses maklumat asas perkakasan rangkaian router berjenama Cisco model siri 1941. Pelajar… Continue reading Aplikasi Blippar dalam PdP
Anycast. Anyone?
Anycast adalah peranti yang diperlukan untuk melakukan pencerminan skrin (screen mirroring). Ia adalah peranti penerima paparan WiFi universal yang menyokong platform Android, iOS, Windows dan Mac. AnyCast boleh mengubah projektor anda menjadi projektor pintar/ TV menjadi TV pintar. Selain Anycast, terdapat jenama lain seperti Miracast, Apple AirPlay dan Google Chromecast dengan features yang terrsendiri. Saya… Continue reading Anycast. Anyone?
Aplikasi Plickers dalam PdP
Aplikasi Plickers merupakan aplikasi interaktif yang menggunakan "kad unik Plickers" dimana softcopynya boleh dimuat turun secara percuma. Anda perlu mencetaknya sendiri di atas helaian kertas keras atau kertas bersaiz A4 biasa. Pastikan hasil cetakan jelas. Kredit : François Jourde Setiap pelajar diberi kad Plickers unik yang mempunyai imej hitam dan putih yang serupa dengan kod… Continue reading Aplikasi Plickers dalam PdP
House of Knowledge
Alhamdulillah, saya sempat menyertai pertandingan inovasi CIPTA3B 2019 pada 12 Oktober 2019 sebelum tirai tahun 2019 berakhir. Saya dan rakan sepasukan inovasi, Encik Mazlan Abdul Ghani mempertaruhkan inovasi kami, permainan "House of Knowledge". Kami berjaya mendapat anugerah gangsa setelah tersenarai antara 101 finalis. Inovasi yang dipertandingkan adalah inovasi PdP yang menggunakan bahan kitar semula. Peserta-peserta… Continue reading House of Knowledge
Aplikasi Mentimeter dalam PdP
Aplikasi Mentimeter merupakan aplikasi persembahan interaktif yang mempunyai antaramuka yang ringkas dan menarik. Ia digunakan untuk membuat persembahan dengan maklum balas masa nyata seperti undian dan kuiz. Saya menggunakan aplikasi ini dalam PdP untuk mendapatkan maklum balas dari pelajar dengan cepat dan tepat. Pelajar saya juga seronok memberi maklum balas kerana boleh melihat keputusannya dengan… Continue reading Aplikasi Mentimeter dalam PdP