
Alhamdulillah, saya sempat menyertai pertandingan inovasi CIPTA3B 2019 pada 12 Oktober 2019 sebelum tirai tahun 2019 berakhir. Saya dan rakan sepasukan inovasi, Encik Mazlan Abdul Ghani mempertaruhkan inovasi kami, permainan “House of Knowledge”. Kami berjaya mendapat anugerah gangsa setelah tersenarai antara 101 finalis. Inovasi yang dipertandingkan adalah inovasi PdP yang menggunakan bahan kitar semula. Peserta-peserta finalis semuanya hebat-hebat belaka. Saya merasa kerdil kerana inovasi saya hanyalah bahan PdP yang menggunakan kotak kertas tanpa hiasan berwarna sedangkan inovasi peserta-peserta lain berwarna-warni dan pelbagai bentuk. Pada asasnya, objektif permainan ini adalah untuk mendirikan sebuah rumah kotak yang sempurna daripada komponen rumah yang diasingkan. Pelajar perlu menjawab soalan yang dilekatkan dibelakang setiap komponen rumah dengan betul sebelum dibenarkan mencantum rumah kotak. Pelajar saya telah memberikan komen positif terhadap permainan ini.
