
Adoiii…laptop saya tiba-tiba tidak berfungsi selepas Windows mengemaskini failnya. Laptop saya kaku kerana ada fail Windows penting yang rosak. Saya terus format laptop kerana perlu menyiapkan banyak tugasan lain menggunakan laptop. Tidak sempat untuk troubleshoot dan buat backup fail. Tetapi, saya masih mampu tersenyum kerana fail-fail penting sempat di muatnaik ke cloud storage OneDrive (majikan sediakan percuma) sebelum laptop saya membuat hal. Saya juga menggunakan cloud storage Google Drive bagi tujuan peribadi. Yang tidak sempat di muatnaik tu saya anggap sebagai tiada rezeki. Para pengunjung blog saya sekelian , pastikan anda menggunakan cloud storage sebagai backup untuk menyimpan fail-fail penting anda. Kenapa?
- Dengan cloud storage, fail-fail anda selamat.
- Mudah untuk membuka akaun cloud storage.
- Anda boleh akses fail-fail anda dimasa sahaja, asalkan ada talian internet.
- Anda boleh akses fail-fail anda tanpa perlu membawa thumbdrive, external hard disk atau bahan storan fizikal lain.
- Cloud storage ada versi percuma dan versi berbayar, tepuk dada tanya selera.