Pada tanggal 18 Ogos 2023 yang lalu, nama saya ada terselit dalam senarai nama di notis pekeliling perpindahan staf. Sebaik sahaja melihat nama sendiri, pelbagai perasaan bertandang dalam diri. Maklumlah sudah berkhidmat di KPMIM selama 18 tahun. Bukan senang hendak melupakan memori manis, masam, pahit dan kelat disini. Saya amat bersyukur dengan aturan Allah SWT… Continue reading Penghijrahan Yang Dinanti DariNYA
Kategori: Peristiwa
FAJ Edurace
Saya telah berjaya menjalankan aktiviti treasure hunt yang dinamakan "FAJ Edurace" pada bulan Jun 2023 bagi 2 buah kelas. Perlaksanaan aktiviti ini telah diubah mengikut kesesuaian lokasi dan masa setiap kelas. Saya menggunakan bantuan penjanaan QR code di pautan ini : https://www.classtools.net/QR. Saya hanya perlu menaip soalan (penting) & jawapan (tak penting) diwebsite tersebut. QR… Continue reading FAJ Edurace
Road Relay KASAF 2019 (4 x 800m)
Saya bukanlah seorang yang aktif bersukan. Tapi saya telah terjebak memasuki pertandingan road relay di Kejohanan Sukan Staf MARA pada tahun 2019 (KASAF 2019). Baru sekarang saya ada kekuatan untuk menulis tentangnya. Pada mulanya saya sekadar suka-suka untuk menghadiri sesi pemilihan atlit road relay. Sesi pemilihan akan memilih 4 staf lelaki & 4 staf wanita… Continue reading Road Relay KASAF 2019 (4 x 800m)
Homeroom Intel
Homeroom ( juga dikenali sebagai mentor mentee dan academic advisor) berfungsi sebagai "keluarga kedua" selepas di rumah pelajar. Terdiri daripada seorang cikgu (mentor) dan beberapa orang pelajar (mentee). Cikgu yang ditugaskan menjaga kumpulan homeroom akan bertanggungjawab menjadi penasihat kepada pelajar, mengurus prestasi akademik pelajar dan perkara lain berkaitan dengan akademik dan sahsiah pelajar.Perjumpaan cikgu bersama… Continue reading Homeroom Intel
Penutup Tahun 2020
Saya menutup tahun 2020 ini dengan kenangan agak manis. Walaupun kita semua terpaksa melalui PKP beberapa bulan dan mulai menjalani kehidupan norma baharu, saya telah mengambil peluang itu untuk melakukan 2 penulisan, menyertai pertandingan inovasi dan menjadi fasilitator jabatan bagi mengajar aplikasi Ms Teams dan Ms Forms. Sebelum PKP, saya sempat menyertai 1 pertandingan inovasi,… Continue reading Penutup Tahun 2020
CITREX 2020
Alhamdulillah. Tahun ni berpeluang masuk pertandingan inovasi seawal bulan Februari 2020. Persiapan saya dan ahli kumpulan dilakukan seawal bulan September 2019. Masa tu memang tengah lega sikit dari minggu kuliah dan peperiksaan. Kami menjadikan permainan explorace sebagai permainan yang mudah dilaksanakan oleh guru dengan menjadikan ia satu kit yang dinamakan Edurace Kit. Edurace Kit ni… Continue reading CITREX 2020
House of Knowledge
Alhamdulillah, saya sempat menyertai pertandingan inovasi CIPTA3B 2019 pada 12 Oktober 2019 sebelum tirai tahun 2019 berakhir. Saya dan rakan sepasukan inovasi, Encik Mazlan Abdul Ghani mempertaruhkan inovasi kami, permainan "House of Knowledge". Kami berjaya mendapat anugerah gangsa setelah tersenarai antara 101 finalis. Inovasi yang dipertandingkan adalah inovasi PdP yang menggunakan bahan kitar semula. Peserta-peserta… Continue reading House of Knowledge
Cloud Storage
Kredit : Macworld.com Adoiii...laptop saya tiba-tiba tidak berfungsi selepas Windows mengemaskini failnya. Laptop saya kaku kerana ada fail Windows penting yang rosak. Saya terus format laptop kerana perlu menyiapkan banyak tugasan lain menggunakan laptop. Tidak sempat untuk troubleshoot dan buat backup fail. Tetapi, saya masih mampu tersenyum kerana fail-fail penting sempat di muatnaik ke cloud… Continue reading Cloud Storage
Mudahnya Mengajar!
Alhamdulillah, saya berpeluang menghadiri bengkel Mudahnya Mengajar oleh Cikgu Herryan Syah Tupan Surian (Cikgu Herry). Bengkel ini telah berlangsung pada 7 April 2018 yang lalu di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Bengkel ini mengujakan saya kerana sudah lama tidak mengemaskini ilmu PdP saya. Bengkel Mudahnya Mengajar ini sangat… Continue reading Mudahnya Mengajar!
Secebis Tentang Penulis Blog
Salam sejahtera kepada pengunjung blog ini. Saya merupakan seorang tenaga pengajar di Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan (2005 sehingga 15 September 2023) dan Kolej MARA Banting (18 September 2023 - kini). Berpengalaman mengajar subjek sains komputer. Mempunyai minat yang tinggi untuk mendidik anak bangsa berbanding melakukan kerja-kerja yang melibatkan pengurusan pentadbiran. Blog ini diadakan… Continue reading Secebis Tentang Penulis Blog