Kisah Benar Atlit Jadian di KASAF 2025
Tak sangka tahun 2025 saya ‘terjebak’ masuk sukan triathlon (bahagian renang pulak tu!) sempena KASAF 2025 yang kali ni KMB jadi tuan rumah. Ceritanya bermula bila atlit sebenar tak dapat turun bertanding, dan entah macam mana saya pun ‘naik pangkat’ jadi atlit jadian.
Latihan? Tak sampai 24 jam pun! Kali pertama jejak kolam 26 Jun 2025, pukul 10.40 pagi sampai 12 tengah hari. Masa tu baru nak belajar cara terapung, teknik tahan nafas, berenang ke depan… sempatlah cuba gaya bebas sikit-sikit. Dalam hati, “boleh ke ni?” Tambah lagi dengan kolam sedalam 1.8 meter….memang kena lawan rasa takut dulu sebelum boleh ‘confident’ dalam air. Terjun pun baru nak belajar!
Paling best, malam tu pukul 10 malam!, baru dapat tahu renang kena buat 2 lap! 25 meter x 2 = 50 meter. Masa tu memang rasa macam kena ‘scam’ hidup-hidup. Esoknya, jujur cakap, rasa macam nak tarik diri. Tapi bila fikir maruah KMB, saya redah je.

Pada hari pertandingan – 27 Jun 2025, pukul 8.00 pagi semua atlit telah bersedia di tempat masing-masing. Saya masih mundar-mandir dengan t-shirt dan seluar track suit kat kolam renang. Saya jadi perenang terakhir yang masuk kolam untuk bersedia tunggu atlit triathlon berbasikal datang menyerahkan gelang getah untuk membolehkan saya mula berenang. Saya sempat diusik peserta lain kerana memakai baju renang sama warna kolam. Peserta lain pakai baju warna hitam. Saya menjawab usikan dengan mengatakan warna hitam dah habis masa nak beli kat Shopee. Kihkihkih…
Tibalah saat yang paling mendebarkan…bayangkan betapa dramanya suasana. Masa lap pertama tu, pernafasan saya masih okay lagi….boleh kawal dengan tenang. Tapi bila masuk je lap kedua, mula rasa penat. Kebetulan masa tu saya tengah berada kat kedalaman 1.8 meter, tak boleh nak jejak kaki ke dasar pun. Jadi saya berenang perlahan-lahan, steady je, sampai ke bahagian yang cetek sikit, dalam 1.4 meter. Bila dah sampai situ, cepat-cepat saya berdiri, tarik nafas panjang… 2x berdiri dalam air. Rasa penat dan hilang semangat masa tu.
Tapi semangat tu naik balik bila dapat sokongan dari Pengarah KMB dan kawan-kawan. Walaupun pancit sebab tak cukup latihan (latih pun 25 meter je wehh), saya tetap berenang sampai ke hujung. Fuh, lega betul! TAK LEMAS! Alhamdulillah, berjaya dapat tempat keenam daripada 11 peserta. Puan Pengarah siap jadi jurugambar ambil gambar saya masa dalam kolam. Lepas tu ada peminat nak bergambar bersama. Jadi retis kejap 😉
Pengalaman lucu tapi berharga. Paling penting, saya dah cuba selamatkan maruah KMB. Ada staf yang terkejut saya masuk sukan berenang. Saya pun terkejut dengan diri sendiri sebenarnya! KAHKAHKAHKAHHHHHH!!!……(best la jugak buat keje giler sesekali)