Peristiwa

International Baccalaureate Diploma Programme: Digital Society

Saya dahulukan coretan dengan memperkenalkan apa itu program International Baccalaureate (IB) secara ringkas kepada pembaca. IB mempunyai 4 tahap program yang ditawarkan (rujuk gambar dibawah). Saya akan fokus kepada tahap International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP). Pelajar lepasan SPM di Malaysia boleh mengambil peperiksaan IBDP selain A level bagi melayakkan kemasukan ke Universiti luar negara. Pelajar boleh memilih kombinasi subjek mengikut kesesuaian kursus yang hendak dipohon di Universiti kelak. IBDP mengambil masa selama 2 tahun. Ada 2 tahap yang ditawarkan bagi setiap subjek iaitu Standard Level (SL) atau High Level (HL). Di Malaysia, antara kolej yang menawarkan IBDP adalah Kolej MARA Banting (KMB). Pembaca boleh layari website ini untuk maklumat lanjut: https://www.ibo.org/about-the-ib

Digital Society SL ditawarkan dalam International Baccalaureate Diploma Programme

Kembali kepada tajuk asal, saya hendak memberi info mengenai salah satu subjek yang ditawarkan IBDP di KMB iaitu Digital Society – Standard Level (SL). Secara ringkas, subjek ini berkaitan dunia komputer dan teknologi serta implikasinya terhadap masyarakat. Ia tidak boleh dianggap sebagai subjek sains komputer. Subjek ini sangat teorikal, tiada praktikal. Tugasan bagi subjek ini tidak sama dengan tugasan praktikal bagi peringkat Diploma IT atau Diploma Sains Komputer. Diakhir pembelajaran, tugasan yang perlu diselesaikan oleh pelajar adalah Internal Assessment dan Final Exam. Berikut adalah pembahagian markah bagi setiap tugasan:-

Buat pengetahuan pembaca, subjek Digital Society – Standard Level (SL) ini ditawarkan sebagai salah satu subjek elektif dari kumpulan 3 di KMB. Pelajar bebas memilih kombinasi subjek yang ditawarkan. Adakah subjek Digital Society – Standard Level (SL) ini SENANG atau SUSAH?

Ini adalah pendapat saya berdasarkan daripada pemerhatian dan kajiselidik yang dilakukan pada pelajar. Jika anda ada 8 ciri-ciri dibawah, subjek ini boleh dianggap SENANG kerana laluan anda lebih mudah untuk mendapat keputusan yang baik.

  1. Sentiasa peka dengan perkembangan terkini berkaitan dunia komputer dan teknologi.
  2. Suka membaca tentang perkembangan terkini berkaitan dunia komputer dan teknologi.
  3. Berdikari dalam mencari info secara kendiri. Bahan bacaan dalam kelas adalah masih terhad.
  4. Boleh menjawab soalan final exam secara kritis serta dapat memberikan analisis/solusi/justifikasi kepada isu yang diberikan dalam masa yang sangat terhad.
  5. Boleh mengarang ayat dalam masa yang terhad.
  6. Berminat dengan dunia pengkomputeran/teknologi dan bercita-cita mengambil kursus berkaitan komputer/teknologi di Universiti kelak.
  7. Boleh menggunakan perisian multimedia (pengeditan video, imej dan audio) serta perisian-perisian yang boleh membantu pencarian maklumat bagi menyiapkan tugasan Internal Assessment (IA).
  8. Boleh menulis dengan laju sambil menjaga kualiti tulisan (yang ni saya tambah supaya boleh cepat marking. Hehe)

Jika sebaliknya, subjek ini bolehlah dianggap SUSAH DAN PERLU DIELAK kerana:

  1. Ia akan menambah rasa tekanan untuk menepati semua keperluan subjek ini. Memerlukan kemahiran berfikiran secara kritikal & kemahiran menyelesaikan masalah serta tahu menggunakan perisian yang berkaitan untuk menyiapkan tugasan.
  2. Ia akan menambah tekanan kerana kurang peka terhadap perkembangan terkini berkaitan dunia komputer dan teknologi. Tiada idea untuk membuat tugasan dan menjawab soalan final exam.
  3. Pelajar yang tidak berdikari dalam mencari info secara kendiri dengan mengharapkan input dari pensyarah dan buku teks semata-mata terbukti susah untuk dapat mendapat keputusan subjek yang memuaskan.
  4. Jika lemah menjawab soalan final exam secara kritis serta lemah memberikan solusi kepada isu yang diberikan dalam masa yang sangat terhad/ tidak cekap mengarang ayat, ia akan mempengaruhi markah.

Bagaimanapun, masih ada pilihan alternatif subjek elektif kumpulan 3 lain seperti Business Management, Economy dan Environmental Systems & Societies yang ditawarkan di KMB. Subjek-subjek elektif yang ditawarkan relevan dengan keperluan semasa.

Bagi mengakhiri coretan kali ini, saya percaya kebolehan setiap pelajar adalah berbeza. Rugi jika tersalah membuat keputusan tidak selari dengan kebolehan diri. Semoga dengan coretan ini, anda bolehlah membuat keputusan berdasarkan info yang saya berikan supaya tidak menyesal dikemudian hari. Jadikan pilihan anda sebagai pilihan yang berbaloi!

Tinggalkan komen