Motivasi, Peristiwa

Road Relay KASAF 2019 (4 x 800m)

Saya bukanlah seorang yang aktif bersukan. Tapi saya telah terjebak memasuki pertandingan road relay di Kejohanan Sukan Staf MARA pada tahun 2019 (KASAF 2019). Baru sekarang saya ada kekuatan untuk menulis tentangnya.

Pada mulanya saya sekadar suka-suka untuk menghadiri sesi pemilihan atlit road relay. Sesi pemilihan akan memilih 4 staf lelaki & 4 staf wanita yang layak. Kategori yang ditawarkan adalah mengikut jantina (lelaki dan wanita). Saya datang sesi pemilihan tersebut dengan yakin tidak akan terpilih. Rupa-rupanya pada hari kejadian, termasuk saya hanya 4 orang staf wanita yang hadir. Ini bermakna saya secara automatik dipilih menjadi atlit road relay! Inilah barisan pelari road relay yang terpilih secara paksa. Hehe.

  • Pelari 1 : Khalijah Hussain
  • Pelari 2 : Zariati Radzali
  • Pelari 3 : Fara Ai’ni Jamal
  • Pelari 4 : Cik Samihah Abdul Rahman

Secara paksarela, bermulalah latihan atlit road relay. Saya tak sampai hati nak menarik diri. Nanti tiada wakil pula. Maka berlatih la kami berlapan ( 4 lelaki + 4 wanita) dua kali seminggu. Kami telah menggunakan khidmat coach luar. Lupa pulak nama coach kami tu.
Pelbagai rintangan kami lalui sepanjang menjalani latihan. Ada yang kaki terkehel, ada yang rasa malas nak pergi latihan dan bermacam-macam lagi. Setiap kali balik dari latihan, saya kena tekap ais dikaki untuk meredakan kesakitan. Maklum la saya bukannya atlit asli. Otot-otot tak mesra alam bila bersukan.

Coach memang garang. Tapi banyak ilmu yang kami pelajari darinya. Coach kami adalah bekas pelari negeri Pahang suatu ketika dahulu. Banyak tips yang kami dapat darinya. Sampai sekarang ajarannya saya ingat. Tanpa saya sedar, ia memberikan rasa stress kerana coach mengharapkan kami memenangi pingat emas.

Sesi latihan bersama coach (berbaju oren)

Pada hari pertandingan, kami perlu lari berganti-ganti. Setiap ahli perlu berlari pecut sejauh 800 meter (4 X 800 meter). Saya diletakkan sebagai pelari ketiga oleh coach. Apabila saya menerima baton dari pelari kedua, saya meneruskan larian selaju yang boleh. Ketika lebih kurang 100 meter berbaki untuk menghulurkan baton ke pelari keempat (akhir), saya merasa sangat penat dan bercadang tidak mahu meneruskan larian. Tiba-tiba terdengar jeritan “Kak Fara! Kak Fara!! Kak Fara!!! You can do it!!!. Saya mencari punca suara jeritan itu. Ternampak penyokong saya di tepi trek larian dengan semangat menjerit memberi motivasi kepada saya. Saya menjadi semangat semula dan cuba sedaya upaya meneruskan pecutan. Dalam pada itu saya sempat menjeling kaki dibawah sebab rasa macam dah takde kaki. HAHAHAH!!!

Saya merasa lega setelah berjaya menghulurkan baton ke pelari terakhir. Saya terus “meminta nyawa” kerana terlalu letih berlari. Setelah bertenang, kami sabar menunggu pelari terakhir menamatkan perlumbaan. Akhirnya nampak kelibat pelari terakhir. Kami menjerit memberi sokongan dan rakan larian saya itu berjaya menamatkan lariannya. Dalam hati saya pada ketika itu, tak menang pun takpe sebab sedar ia sangat memenatkan dan pesaing ramai yang lagi hebat.

Tiba-tiba anak pelari akhir yang juga menjadi sebahagian penyokong menjerit, “Ibu dapat tempat ketiga!!!”. Kami seperti tidak percaya dengan larian kami seperti mengejar rama-rama boleh dapat tempat ketiga??? Memang benar, pihak urusetia mengesahkan kedudukan kami ditempat ketiga. Meloncat kami semua kegembiraan. Tak sangka ada juga pingat untuk dibawa pulang untuk kategori wanita. Kategori lelaki tiada rezeki untuk mendapat tempat kali ini.

Bergambar kenangan selepas majlis penyampaian pingat.

Alhamdulillah, saya bersyukur diatas kemenangan itu walaupun hanya sekadar mendapat pingat gangsa. Agak berbaloi pengorbanan kami. Jika ditanya adakah saya akan menyertai road relay semula? Maaf, saya serik. Huhu.

Setiap kali melihat pingat kemenangan itu, saya akan tersenyum sendiri mengingatkan kenangan dan pengorbanan menjadi atlit paksarela road relay. Saya push to the limit keupayaan diri. Kaki saya sekarang mudah tercedera. Saya kena berhati-hati bila bersukan. Pada tahun 2021, sijil cuti sakit saya majoritinya adalah berpunca dari sakit kaki. Kaki saya dah jadi fragile sangat. Tak dapek den lari dohhhh….

Diraikan sekali lagi diperingkat Kolej. Menerima sijil penghargaan.

Tinggalkan komen