Digital flipbook merupakan aplikasi yang akan menjadikan fail berformat PDF anda menjadi buku digital. Sama perasaannya seperti menyelak buku di dunia nyata. Saya menggunakan aplikasi atas talian FlipHTML5.com ketika menyertai pertandingan inovasi pada tahun 2020. Kami cuma perlu mempamerkan QR code untuk pengunjung booth mengimbas dan melihat pamphlet digital kami. Mereka boleh melihat maklumat lanjut tentang inovasi kami. Boleh imbas QR code dibawah atau klik sini untuk disambungkan ke pamphlet digital inovasi kami.

Saya juga telah memuat naik beberapa dokumen agar mudah dirujuk bila perlu. Sehingga kini dokumen yang dimuat naik dapat diakses. Tetapi untuk keselamatan, saya hanya memuat naik dokumen yang tidak mempunyai maklumat rahsia atau sensitif disebabkan internet tidak bertuan (tiada pemilik). Apa yang kita muat naik tidak mustahil dijadikan sebagai bahan intipan pengguna internet lain. Disebabkan saya menggunakan aplikasi ini versi percuma, iklan pasti akan menyelit.
KEMASKINI 2023
Selain menggunakan Flip HTML.com, saya juga telah menggunakan Anyflip.com untuk tujuan yang sama. Apa yang saya dapati, Anyflip.com ini lebih mesra pengguna. Latarbelakang buku boleh diubah warna. Saya telah menjadikan aplikasi ini sebagai perpustakaan digital kelas saya. Walaubagaimanapun, saya tetap berhati-hati memuat naik dokumen. Hanya slide dan nota sahaja. klik sini untuk melihat contoh perpustakaan digital saya.
