Classpoint merupakan aplikasi terbaru yang saya gunakan dalam PdP. Berikut senarai kenapa saya suka sangat guna Classpoint:
- Aplikasi ni boleh terus digunakan dengan Microsoft Powerpoint. Tak perlu buka web browser untuk buka aplikasi lain bagi menguji kefahaman pelajar.
- Cara penggunaan yang tidak susah untuk dikuasai. Mudah dipelajari dengan cara eksplorasi kendiri.
- Banyak aktiviti PdP yang boleh dilakukan dengan fungsi yang ditawarkan oleh Classpoint.
- Ada mod kuiz yang menggalakkan pelajar berlumba untuk mendapatkan markah tertinggi.
- Ada fungsi yang membolehkan cikgu menconteng slide Microsoft Powerpoint.
- Classpoint menjadikan aktiviti PdP kelas lebih interaktif.
- Muzik latarbelakang kuiz yang sedap didengar. Hehe.
- Memudahkan saya mengesan tahap pemahaman pelajar.
- Sokongan dari pengeluar aplikasi Classpoint yang bagus. Terdapat banyak perkongsian video tutorial cara penggunaannya.
- Pelajar saya memberikan maklumbalas yang baik tentang penggunaan Classpoint ini.

Bagaimanapun, ada 2 kekangan bagi pengguna yang menggunakan versi percuma iaitu:
- Hanya 5 soalan sahaja soalan yang boleh dibina. Silalah bertabah.
- Maksimum masa yang boleh ditetapkan untuk ujian hanya 3 minit sahaja.
Disertakan video pengenalan Classpoint. Boleh subscribe channel Youtube ini untuk menonton semua video tutorial Classpoint.
Perkongsian yang sangat bermanfaat untuk guru dan pelajar
LikeLiked by 1 person
Terima kasih. Semoga kita sentiasa boleh bertukar maklumat.
LikeLike