Kajian/Inovasi

Penulisan Abstrak, Kajian Tindakan, Jurnal & Prosiding

Penulisan abstrak, kajian tindakan, jurnal dan prosiding merupakan penulisan formal yang perlu dibudayakan oleh tenaga pengajar agar boleh berkongsi ilmu, maklumat, pengalaman dan dapatan masing-masing. Saya telah lama sedar tentang ini. Tetapi, saya lebih banyak menulis bahan persediaan pengajaran dan pembelajaran, dimana semua tenaga pengajar didunia ini tidak dapat lari darinya. Kekangan perlu melakukan kerja hakiki dan kerja bukan hakiki mengehadkan masa untuk saya membuat penulisan formal ini.

Sepanjang saya memasuki alam pekerjaan, hanya empat penulisan yang berjaya dihantar ke konferens prosiding kebangsaan/antarabangsa secara individual atau berkumpulan. Anda boleh klik pada senarai dibawah.

  1. IJBSAE 2025 : A Study on The Perception of Lecturers Towards Technological Skills and Effective Teaching Practices At Kolej Mara Banting
  2. ICBEISS 2020 : Penggunaan Fail Aktiviti Cisco Packet Tracer Oleh Pelajar KPMIM
  3. INNOCOM 2020 : Edurace Kit: Realiti-Persaingan-Belajar
  4. NARC 2014 : Kajian permasalahan Pensyarah Baru Jabatan Sains Kuantitatif KPMIM

Saya jarang menulis di semua akaun media sosial saya. Lebih parah, saya selalu lupa kata laluan akaun media sosial saya! Dengan penulisan blog ini, saya berharap agar boleh memaksa saya berkongsi ilmu dan maklumat bersama pembaca dengan lebih santai dan tidak formal. Omputih kata, “sharing is caring”.

Tinggalkan komen