Motivasi, Peristiwa

Penutup Tahun 2020

Saya menutup tahun 2020 ini dengan kenangan agak manis. Walaupun kita semua terpaksa melalui PKP beberapa bulan dan mulai menjalani kehidupan norma baharu, saya telah mengambil peluang itu untuk melakukan 2 penulisan, menyertai pertandingan inovasi dan menjadi fasilitator jabatan bagi mengajar aplikasi Ms Teams dan Ms Forms. Sebelum PKP, saya sempat menyertai 1 pertandingan inovasi, 2 aktiviti khidmat masyarakat dan menjadi fasilitator kursus kecemerlangan pelajar kelolaan jabatan saya. Rupa-rupanya ada 2 nama saya terselit dalam senarai penerima anugerah majlis Hari Inovasi & Kualiti 2020 yang diadakan pihak majikan pada 24 Disember 2020 yang lalu. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan rezeki yang tidak dijangka ini. Semoga anugerah ini akan menjadikan saya terus konsisten dalam memberikan yang terbaik dalam kehidupan ini. Doakan saya ya pembaca.

Tinggalkan komen