Pada tahun ini juga, kumpulan saya sempat menyertai satu lagi pertandingan inovasi diperingkat antarabangsa. Kami menyertai pertandingan International Innovation Competition 2020 (INNOCOM 2020) anjuran The Academic International Dialogue (AID Conference) bagi kategori Innovation in Education & Teaching.
Pertandingan ini terpaksa dilakukan secara atas talian kerana kekangan PKP. Setiap peserta pertandingan ini perlu menyediakan video pembentangan inovasi masing-masing dibawah 15 minit dan dimuatnaik melalui aplikasi Youtube milik peserta. Peserta juga diberikan peluang menyumbang penulisan abstrak bagi inovasi masing-masing. Kami mengambil peluang yang diberikan dengan sebaiknya.
Keputusan pertandingan telah diumumkan secara diatas talian pada 15 Julai 2020. Alhamdulillah, kumpulan kami berjaya memenangi pingat perak beserta 2 anugerah khas lain iaitu:
- Most-liked Video on Youtube Award (No. 5)
- Best Extended Abstract Award

Kami agak terkejut dalam masa yang sama bersyukur ke hadrat Illahi diatas kejayaan memenangi anugerah khas tersebut. Saya dan ahli kumpulan hanya berhubung melalui platform atas talian dalam waktu yang terhad untuk menyiapkan semua ini. Kerjasama kumpulan yang baik menjadikan kejayaan ini semakin bermakna. Apa pun, ia merupakan kenangan manis bagi kami semua setelah berhempas pulas menyiapkan semua tugasan bersama sepanjang PKP. Ia pengalaman yang baru bagi saya juga kerana menyertai pertandingan secara atas talian. Tak perlu berkampung di booth macam sebelum ini. Hehe.
Disertakan video pembentangan kumpulan kami tempoh hari. Semoga perkongsian ini boleh memberi inspirasi kepada anda pembaca 😊 Klik sini untuk video