Aplikasi, PdP

Microsoft Forms

Saya telah mengadakan kursus Latihan dalaman Microsoft Forms (Ms Forms) bagi jabatan saya secara atas talian pada 30 April 2020 yang lalu. Saya telah berkongsi dengan peserta bagaimana untuk mengendalikan fungsi asas yang disediakan Ms Forms. Ms Forms sesuai digunakan sebagai aplikasi alternatif selain Google Form.

Aplikasi Ms Forms boleh digunakan bagi tujuan melakukan kajiselidik, kuiz dan undian. Secara asasnya Ms Forms mempunyai 2 jenis form iaitu Form dan Quiz.  Yang membezakan antara 2 jenis ini adalah pemberian skor atau markah. Hanya Quiz menawarkan fungsi pemberian skor atau markah tersebut. Form pula sesuai untuk melakukan kajiselidik dan undian. Anda boleh memilihnya mengikut kesesuaian penggunaan. Jadi, pembaca jangan salah pilih ya. Saya kongsikan fungsi lain yang disediakan Ms Forms:

  • Boleh mengawal tarikh dan masa untuk responden menjawab.
  • Boleh mengira jumlah markah responden secara otomatik (Quiz).
  • Menjimatkan masa dalam  melakukan kuiz, ujian dan peperiksaan.
  • Boleh menentukan kategori akses responden (ahli atau bukan ahli)
  • Menjimatkan masa dalam melakukan kajiselidik dan undian (Quiz/Form).
  • Setiap Form atau Quiz mempunyai pelbagai pilihan item bentuk jawapan (option, text dll.)

Saya berpendapat, aplikasi Ms Forms melengkapi penggunaan Ms Teams bagi tujuan PdP. Ia mudah diintegrasi bersama Ms Teams bagi melakukan penilaian terhadap pelajar.  Senang saja menggunakan Ms Forms ini.

Dibawah ini saya sertakan video tutorial menggunakan aplikasi Ms Forms. Semoga anda mendapat manfaat dari video ini. Selamat mengeform! 😉

Tinggalkan komen