Aplikasi, PdP

Microsoft Teams

Pada 13 April 2020 yang lalu, saya telah dipilih untuk menghadiri kursus Latihan dalaman (ToT) kelolaan pihak majikan secara atas talian. Sepanjang menghadiri kursus itu, kami diajar mengendalikan fungsi asas yang disediakan Ms Teams oleh fasilitator saya, Encik Azrul Hafiz Zahari. Peserta yang menghadiri kursus dilantik menjadi fasilitator bagi membantu rakan sejabatan yang tidak dipilih menghadiri kursus ini.

Ms Teams merupakan aplikasi yang menawarkan koloborasi secara maya dengan menyediakan fungsi chat, video atas talian nyata, penyimpanan fail dan integrasi aplikasi selain keluaran Microsoft. Ms Teams sesuai digunakan sebagai aplikasi alternatif selain Google Meet dan Zoom.

Saya memutuskan untuk menggunakan Ms Teams sebagai platform pengajaran dan pembelajaran rasmi kelas kerana pihak majikan telah melanggan khidmat Microsoft sejak beberapa tahun yang lalu. Saya merasa rugi jika tidak menggunakan fasiliti yang disediakan oleh pihak majikan. Tidak susah sebenarnya menggunakan Ms Teams. Cuma perlukan sedikit masa untuk mencuba.

Dibawah ini saya sertakan video tutorial menggunakan aplikasi Ms Teams. Semoga anda mendapat manfaat dari video ini. Selamat mengeteam! 😉

Tinggalkan komen