Kajian/Inovasi, Peristiwa

CITREX 2020

Alhamdulillah. Tahun ni berpeluang masuk pertandingan inovasi seawal bulan Februari 2020. Persiapan saya dan ahli kumpulan dilakukan seawal bulan September 2019. Masa tu memang tengah lega sikit dari minggu kuliah dan peperiksaan. Kami menjadikan permainan explorace sebagai permainan yang mudah dilaksanakan oleh guru dengan menjadikan ia satu kit yang dinamakan Edurace Kit.

Edurace Kit ni kami dah daftar MyIPO awal-awal supaya hakcipta terpelihara. Permainan explorace ni seronok dimainkan TETAPI ia memerlukan persiapan masa dan kos yang bukan murah juga sebenarnya. Jadi kami hasilkan inovasi Edurace Kit ni untuk memudahkan guru-guru sekolah, pensyarah di kolej/ universiti menggunakannya dalam kelas masing-masing. Tak perlu persiapan yang lama.

Set Edurace Kit ni ada 5 checkpoint. Setiap checkpoint peserta kena melepasi halangan permainan dan soalan. Permainan yang disediakan bersifat rezeki atau memerlukan daya fokus yang tinggi. Soalan pula disediakan oleh guru/pensyarah mengikut topik yang hendak diuji. Saya dah gunakan Edurace Kit ni 3 kali. Respon pelajar semuanya postitif. Data yang dikumpul oleh saya dan kumpulan menjadi bukti inovasi kami mendapat sambutan baik peserta.

Kelebihan Edurace Kit ini boleh digunakan pada semua subjek, mudah dibawa kemana-mana, menjimatkan masa penyediaan, boleh digunapakai berulang kali dan menggunakan bahan tahan lasak dan banyak lagilah. Yang lebih mengejutkan, inovasi kami ini juga digunakan pada kem kepimpinan yang dihadiri oleh orang dewasa. Maknanya, inovasi kami ini juga boleh digunakan pada selain bidang pendidikan.

Kami berjaya membawa pulang pingat perak dari CITREX 2020 ini. Alhamdulillah. Kami merasa gembira dan bersyukur kerana dapat menyumbang sesuatu.

Tinggalkan komen