Aplikasi, Kajian/Inovasi, PdP

Aplikasi Blippar dalam PdP

Aplikasi Blippar merupakan aplikasi Augmented Reality (AR) yang dibangunkan pada tahun 2011 oleh pengasas yang dibarisi oleh Ambarish Mitra, Omar Tayeb, Steve Spencer dan Jess Butcher. Saya menggunakan aplikasi ini dalam PdP. Saya telah berjaya menyiapkan satu projek ringkas yang akan membolehkan pelajar saya mengakses maklumat asas perkakasan rangkaian router berjenama Cisco model siri 1941. Pelajar boleh mendapatkan maklumat mengenai komponen router, jenis antaramuka yang disokong oleh router ini, cara instalasi antaramuka dan perisian yang menyokong router ini. Pelajar juga boleh memuat turun fail perisian dan nota konfigurasi yang berkaitan dengan penggunaan router ini. Anda juga boleh mencuba projek saya ini dengan mengikut langkah-langkah di bawah ini.

  1. Muat turun aplikasi Blippar dalam telefon pintar anda daripada Play Store.
  2. Buka aplikasi Blippar tersebut setelah berjaya di muat turun.
  3. Pilih Settings (ikon skru di atas kiri) > Enter test code > Masukkan kod 123123 > Butang X untuk keluar dari settings.
  4. Pastikan talian internet telefon pintar anda masih dihidupkan.
  5. Halakan kamera telefon pintar anda ke arah gambar router Cisco 1941 yang disediakan pada artikel ini.
  6. Sentuh “Tap to scan” dan tunggu sehingga kamera telefon pintar anda mengesannya.
  7. Anda akan dapati aplikasi AR yang bertajuk “Anatomy of a Router” muncul sambil diiringi lagu percuma dari http://www.bensound.com 😀
  8. Selamat meneroka projek ringkas saya 😉

Dibawah ini saya sertakan video tutorial asas menggunakan aplikasi Blippar. Semoga anda mendapat manfaat dari video ini. Selamat memblippar!

Tinggalkan komen