Anycast adalah peranti yang diperlukan untuk melakukan pencerminan skrin (screen mirroring). Ia adalah peranti penerima paparan WiFi universal yang menyokong platform Android, iOS, Windows dan Mac. AnyCast boleh mengubah projektor anda menjadi projektor pintar/ TV menjadi TV pintar. Selain Anycast, terdapat jenama lain seperti Miracast, Apple AirPlay dan Google Chromecast dengan features yang terrsendiri.

Saya akan menggunakan anycast dalam kelas jika bahan PdP tidak sempat dipindahkan ke laptop. Saya akan memasang Anycast ke projektor dan melakukan konfigurasi di telefon pintar. Selepas konfigurasi berjaya, apa sahaja paparan daripada telefon pintar saya akan terpapar di projektor. Tips saya: Tekan butang “Freeze” di remote control projektor semasa melakukan carian fail dalam telefon pintar. Ini untuk mengelakkan pelajar dapat melihat kandungan telefon pintar saya yang tidak relevan. Tekan butang “Freeze” semula selepas bersedia untuk memaparkan kandungan telefon pintar.
Pelajar saya juga menggunakan Anycast untuk membentangkan hasil kajian mereka. Sungguh mudah dan cepat.
Dibawah ini saya sertakan video tutorial menggunakan Anycast untuk dihubungkan ke projektor. Semoga anda mendapat manfaat dari video ini. Selamat memecast! 😉