Aplikasi, PdP

Aplikasi Plickers dalam PdP

Aplikasi Plickers merupakan aplikasi interaktif yang menggunakan “kad unik Plickers” dimana softcopynya boleh dimuat turun secara percuma. Anda perlu mencetaknya sendiri di atas helaian kertas keras atau kertas bersaiz A4 biasa. Pastikan hasil cetakan jelas.

Setiap pelajar diberi kad Plickers unik yang mempunyai imej hitam dan putih yang serupa dengan kod QR. Maka, pelajar tidak boleh meniru jawapan pelajar lain. Pelajar perlu memegang kad Plickers mereka sendiri untuk menjawab soalan yang dipaparkan oleh tenaga pengajar. Tenaga pengajar pula perlu membuka aplikasi Plickers di peranti pintar mereka untuk mengimbas semua kad Plickers yang dipegang pelajar. Jawapan soalan boleh dipaparkan apabila tenaga pengajar selesai mengimbas kad.

Tips saya: Beri pelajar softcopy kod unik Plickers pada perjumpaan kelas pertama. Peranti pintar saya mampu mengimbas jawapan pelajar walau dipapar daripada peranti pintar pelajar secara maya tanpa perlu dicetak. Jimat kertas. Hehe.

Saya menggunakan aplikasi ini dalam PdP untuk mendapatkan penilaian formatif pelajar secara cepat dan tepat. Pelajar saya juga seronok menggunakannya. Hasil daripada komen pelajar, mereka lebih cepat mengingati fakta berbanding membaca buku. Anda juga boleh mencuba aplikasi Plickers ini kerana hanya tenaga pengajar yang memerlukan penggunaan talian internet. Kelemahan Plickers ini adalah versi percuma hanya terhad kepada pembinaan 5 soalan sahaja. Saya tidak menghiraukan had itu kerana saya boleh buat banyak set soalan lain 😉

Dibawah ini saya sertakan video tutorial menggunakan aplikasi Plickers. Semoga anda mendapat manfaat dari video ini. Selamat memplickers! 😉

Tinggalkan komen