
Pertandingan inovasi Kolej Profesional MARA & Kolej MARA Innovation and Invention Exhibition 2019 (KIIE 2019) telah berlangsung pada 1-2 April 2019 di Kolej Mara Banting, Selangor. Saya secara tidak sengaja terjebak menyertai pertandingan inovasi ini kerana menggantikan rakan, Puan Hawinda Karmon yang tidak boleh hadir pada hari berlangsungnya pertandingan ini. Beliau telah memberikan kepercayaan dan mengamanahkan kepada saya untuk meneruskan perjuangan sebagai pembentang utama. Terima kasih Kak Awin. Saya dan ahli kumpulan lain telah mencuba yang terbaik untuk meyakinkan para juri mengenai inovasi rakan saya itu. Tetapi, inovasi rakan saya dipandang sepi kerana menggunakan platform sedia ada Google Form. Saya husnuzon berpendapat para juri mengharapkan inovasi yang dibina sendiri tanpa menggunakan platform sedia ada kerana ada inovasi yang sama dengan tajuk kami memenangi anugerah pingat emas. Saya ada juga mendengar komen ketidakpuasan hati dari peserta lain yang mempertikaikan mutu pengadilan daripada para juri. Adatlah dalam pertandingan ada kalah, ada menang. Apa pun, saya bersyukur kerana mendapat pengalaman membentangkan dan menjawab soalan (bersilat.haha) dengan para juri. . Saya menyimpan hasrat untuk mencipta inovasi sendiri dalam tahun ini juga. Persoalannya…sempatkah saya?