Aplikasi

Mudahnya Aplikasi Canva!

Aplikasi Canva merupakan aplikasi rekabentuk grafik yang boleh digunakan untuk mereka bentuk grafik media web dan cetak secara atas talian. Ia menggunakan format drag-and-drop dan menyediakan akses kepada gambar, imej, grafik dan jenis tulisan. Anda boleh mereka poster, banner, brochure, business card dan banyak lagi. Ia amat sesuai digunakan oleh individu seperti saya yang sah bukan seorang pereka grafik profesional. Saya mula mengenali aplikasi Canva ini bermula dari tahun 2016. Ianya penemuan yang tidak sengaja kerana perlu menyiapkan kulit buku modul saya dengan segera. Siapa lagi kalau Encik Google yang memperkenalkannya. Semenjak mengenali Canva, saya terus menjadi PENGGUNA SETIA secara percuma. Hahah! Apa yang saya suka tentang Canva ini ialah ia menyediakan template percuma yang kelihatan cantik! Terima kasih Cik Canva. Anda telah menyelamatkan masa dan menangani kelemahan kreativiti rekabentuk grafik saya.

Dibawah ini saya sertakan video tutorial asas menggunakan aplikasi Canva. Semoga anda mendapat manfaat dari video ini. Selamat memcanva! 😉

Tinggalkan komen