Aplikasi, PdP

Mari menempek bersama Incik Padlet

Aplikasi padlet bertujuan untuk membuat papan notis/buletin secara atas talian. Anda boleh gunakannya untuk memaparkan pelbagai maklumat mengikut topik yang anda sukai. Konsep penggunaan Padlet sama macam ambil Post-it-Note dan tepek kat papan notis/buletin. Tapi Padlet lagi canggih sebab secara maya. Anda boleh menambah imej, pautan, video dan banyak lagi. Padlet versi percuma terhad kepada 65 papan notis/buletin berbanding versi berbayar. Mudah sahaja untuk membuka akaun Padlet dan membuat papan notis/buletin anda sendiri. Saya mula menggunakan aplikasi Padlet ini untuk berkongsi dokumen dengan pelajar semenjak tahun 2015. Saya suka ayat mengambil berat Padlet…ingatkan saya minum air, rindu kat saya dan lain-lain lagi. Pandai betul Padlet tunjuk rasa empati pada penggunanya. Semua benda saya tepek termasuklah video. Jimat kertas saya. Saya sudah, anda bila lagi ?

Dibawah ini saya sertakan video tutorial asas menggunakan aplikasi Padlet. Semoga anda mendapat manfaat dari video ini. Selamat mempadlet!

Tinggalkan komen