Aplikasi

Youtube Channel Fara Jamal

Alhamdulillah. Niat nak buat video tutorial dah lama dipendam dalam hati. Akhinya 10 Julai 2018 berjaya juga buka Youtube Channel Fara Jamal ni. Kejar subscriber sebab nak jadi Youtuber? Itu semua bukan niat channel ini diadakan. Niat saya hanya untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang saya ada. Saya muat naik video tutorial cara menggunakan aplikasi Packet Tracer di Youtube Channel Fara Jamal ini disebabkan saya sendiri kadang-kadang terlupa command configuration. Boleh tengok video sendiri kalau terlupa. Pelajar saya juga berbuat demikian jika terlupa ajaran saya. Hehe. Saya telah mengambil risiko dengan menghidangkan pengunjung Channel ini dengan video tutorial yang bukan menjadi carian ramai. Memang sesuai sangat la jumlah subscriber krik3 je. Tapi yang menghairankan ada satu video tutorial saya yang jumlah tontonannya tidak kurang daripada 20 setiap hari daripada seluruh dunia. Alhamdulillah, semoga video-video tutorial saya boleh menjadi asbab bertambah pahala. Saya berazam akan cuba menambah video tutorial yang terbaik untuk pengunjung Youtube Channel Fara Jamal ni. Pautan Youtube Channel Fara Jamal boleh klik disini. Sila subscribe Youtube Channel Fara Jamal hanya jika anda sudi. Tiada paksaan akan dikenakan 😉

Tinggalkan komen