
Alhamdulillah, saya berpeluang menghadiri bengkel Mudahnya Mengajar oleh Cikgu Herryan Syah Tupan Surian (Cikgu Herry). Bengkel ini telah berlangsung pada 7 April 2018 yang lalu di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Bengkel ini mengujakan saya kerana sudah lama tidak mengemaskini ilmu PdP saya. Bengkel Mudahnya Mengajar ini sangat bermanfaat kepada tenaga pengajar kerana saya dan peserta lain diajar menggunakan aplikasi berasaskan Google secara praktikal. Penyampaian oleh Cikgu Herry mudah diikuti oleh peserta. Antara aplikasi yang diajar adalah:
- Xodo
- Flipgrid
- Google Docs
- Google Sheets
- Google Slides
- Dan beberapa lagi aplikasi yang saya tidak ingat. Haha

Saya amat berpuas hati dengan ilmu yang diperolehi. Semangat saya sudah membara untuk memberi nafas baru kepada teknik PdP saya dalam kelas nanti. Terima kasih Cikgu Herry!