Peristiwa

Secebis Tentang Penulis Blog

Salam sejahtera kepada pengunjung blog ini. Saya merupakan seorang tenaga pengajar di Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan (2005 sehingga 15 September 2023) dan Kolej MARA Banting (18 September 2023 – kini). Berpengalaman mengajar subjek sains komputer. Mempunyai minat yang tinggi untuk mendidik anak bangsa berbanding melakukan kerja-kerja yang melibatkan pengurusan pentadbiran. Blog ini diadakan bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan bidang pendidikan dengan tenaga pengajar di luar sana agar kita dapat bergabung idea untuk memajukan bidang pendidikan di Malaysia ini. Saya berharap agar pembaca yang sudi singgah di blog ini juga dapat meninggalkan komen yang membina dan positif. Suka saya kongsikan moto yang saya suka pegang di dalam menghadapi kehidupan ini, “HIDUP UNTUK MEMBERIKAN YANG TERBAIK“. Maka atas dasar itulah blog ini akhirnya diadakan agar saya tidak menyimpan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada seorang diri. Saya berbesar hati ingin berkongsi dengan anda semua walau ia hanyalah secebis. Sharing is caring. Salam perkenalan dari saya, Fara Ai’ni Jamal. Jutaan terima kasih saya ucapkan buat anda yang sudi singgah ke blog saya 🙂

Tinggalkan komen